Bro Nampak Motor Gua

Bro Nampak Motor Gua

Salam hormat!

Short review mengenai filem terbaru Metrowealth ni. Filem ‘Bro, Nampak Motor Gua?’ adalah arahan ke-2 saudara Razif Rashid a.k.a Ajiboy, dan merupakan filem ke-77 dari Metrowealth.

Barisan pelakonnya terdiri daripada Along Cham, Mon Ryanti, Along Eyzendy, Fadzil Zahari, Shah Rempit dan turut dibantu oleh Mamat Khalid, Imuda, Maimun Mutalib, Alex Yanz, Siti Aziz,Eddy Rauf dan ramai lagi.

Mengisahkan kegilaan seorang anak muda terhadap motorsikal sehingga sanggup menabung selama setahun untuk membeli motor impiannya secara tunai. Tetapi nasibnya malang kerana sebaik sahaja dibeli, motor itu telah dicuri di depan matanya sendiri.

Instinct  Epul (lakonan Along Cham) terhadap kewujudan motorsikalnya sangat kuat sehingga dia meminta pertolongan rakan baiknya (lakonan Along Eyzendy) untuk membantu mencari motornya. Dalam usaha mereka mencari motor itu, mereka telah terserempak dengan Azura (lakonan Mon Ryanti). 

Azura yang bertindak sebagai seorang peguam kepada seorang Tan Sri (lakonan  Mamat Khalid) sedang dalam tugasnya untuk menyerahkan sebuah perisian di dalam pendrive kepada satu pihak. Dalam sebuah kes ragut, pendrive tersebut hilang dan  dipercayai dicuri oleh orang yang sama mencuri motor Epul.

Oleh itu Epul dan Azura telah berganding bahu untuk mencari 2 orang si pencuri tersebut. Pelbagai kisah lawak yang pastinya akan menggeletek hati anda. Filem bergenre aksi komedi ini sebenarnya mempunyai banyak nilai-nilai moral yang patut kita renungkan bersama.

Jadi jangan lupa saksikannya di pawagam berhampiran anda yang telah bermula sejak  30 Mei 2013. Mesti tak kering gusi…hihihihi…=D