Latest Entries »

Sniper : Nyawa atau nyawa

image

Sniper, senjata penembak tepat yang memerlukan kepakaran yang tinggi dan juga ketepatan yang maksima untuk memastikan ketepatan sasaran yang dituju. Dalam filem ke-91 terbitan Metrowealth ini, ‘Sniper’ yang bakal ditayangkan pada 24 April, selain ketepatan, ‘mangsa’ juga perlu memastikan ketepatan maklumat, kalau tidak bila-bila masa nyawa boleh melayang.

Ahmad (lakonan Mikail Andre) merupakan bekas pegawai tentera yang telah dibuang kerja kerana mempunyai masalah disiplin sendiri. Rafi (lakonan Fadlan Hazim) pula merupakan seorang ahli sukan negara. Mereka berdua ditemukan dalam sebuah game pembunuhan yang dicipta oleh seseorang yang tidak dikenali. Berbekalkan snipper dan beberapa peluru, mereka dikehendaki untuk membunuh antara satu sama lain bagi melepaskan diri masing-masing. Tak cukup dengan tu, ada mata-mata yang memerhatikan gerak-geri mereka tanpa disedari dan menunggu peluang untuk menghapuskan mereka.

Agak-agak korang, siapakah dalang disebalik permainan ‘bunuh’ ini? Apa motif di sebaliknya? Jangan lupa pergi serbu pawagam berdekatan korang mulai 24 Apr 2014 ini untuk menonton filem aksi ke-2 arahan pengarah muda Pierre Andre ini untuk mencari jawapan itu.Haa..

Barisan pelakon: Fadlan Hazim, Mikail Andre, Pablo Amirul, Nina Iskandar, Delimawati
Genre: Aksi
Terbitan: Metrowealth
Pengarah: Pierre Andre
Penerbit: Mejar (K) David Teo
Tarikh mula tayang: 24 Apr 2014

Assalamualaikum semua…
Adoyaii..dah bersawang,bersemak bagai la laman aku ni yer..ya ampun…Mintak maaf banyak2 ye semua..

Dah nak dekat setahun tak jengah laman!huhu..almaklum..hamba tersangat la sibuk wahai tuan hamba sekalian..tapi tapi tapi…

In Shaa Allah saya akan terus menyambung penulisan saya di sini..Nak tahu pasal apa?Haa..itu korang kena stay tunes ok?

See ya! 🙂

Xoxo,
-Azura-

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan

Hafiz - LHAS

Hafiz – Luahan Hati Anak Seni

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Relakan Jiwa – Hazama

Hazama - Relakan Jiwa

Hazama – Relakan Jiwa

Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi hati untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Hingga kau datang membangunkan aku

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Laser War Zone

Salam hormat. Kawan-kawan, ini kerja malas. Saya hanya ingin share berita tentang permainan Laser War Zone ini yang telah disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 29 Jun 2013. Segala kredit adalah untuk penulis rencana cik Nurrezzatul Aqmar Mustaza (tenkiu cik puan!)

***********************************************************************************************
SEMPENA tayangan filem Badges Of Fury yang mula dipertontonkan semenjak 27 Jun lalu, pihak pengedar filem, RAM Entertainment Sdn Bhd dan Sinar Harian menganjurkan acara Laser War Zone.

Acara yang diadakan pada 25 Jun lalu di aras satu, pusat membeli belah e@Curve, Mutiara Damansara bersama 20 pembaca bertuah Sinar Harian.

LaserWarZone1

LaserWarZone1

Menariknya, acara yang dirancang oleh RAM Entertainment Sdn Bhd ini bertujuan memberi
peluang kepada pembaca bertuah merasai sendiri debaran bersaing di dalam gelap.

Menurut Eksekutif Penjenamaan Sinar Harian, Khairil Fithry Mustapha AlBakri, acara yang bermula pada jam 6 petang itu menyaksikan 20 pembaca tersebut dibahagikan kepada empat kumpulan.

LaserWarZone2

LaserWarZone2

Katanya, acara tersebut hanya berakhir pada jam 8 malam dan kesemua yang terlibat berpuas hati sepanjang berada dalam permainan ini.

“Permainan ini ala-ala Paintball, cuma bezanya ia tidak sakit dan permainan berlangsung dalam keadaan gelap dengan menggunakan laser.

“Menariknya, sesiapa yang terkena laser akan dikira mati untuk beberapa minit sahaja dan dia boleh kembali bermain selepas itu.

“Markah keseluruhan pula akan dikira berdasarkan kumpulan mana yang berjaya menepis tembakan dan kemenangan akan ditentukan berdasarkan markah yang lebih tinggi,” katanya kepada Zass.

Fithry berkata, acara seperti ini secara tidak langsung menyuntik semangat peserta yang bertuah untuk menonton filem Badges of Fury yang dipertontonkan lebih awal.

150 sertai sesi pratonton

Sementara itu, kira-kira 150 orang pembaca memenuhi ruang legar Cathay Cinneplax, e@Curve untuk menonton filem Badges Of Fury.

Menurut Fithry, sambutan daripada pembaca sememangnya luar biasa, apatah lagi iklan mengenai tayangan tersebut dibuat dalam masa beberapa hari sahaja.

“Wakil RAM sememangnya berpuas hati dengan kedatangan pembaca dan rata-ratanya memberi komen positif terhadap filem ini.

“Ada juga di antara pembaca yang hadir berharap Sinar Harian akan lebih kerap mengadakan sesi pratonton sebegini kepada pembaca.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak RAM Entertainment Sdn Bhd dan Laser War Zone, serta Cathay Cinneplax kerana memberi peluang kepada Sinar Harian dan pembaca
setia mengikuti hari yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pembaca yang hadir pada sesi tayangan Badges Of Fury berpuas hati dengan perjalanan jalan cerita yang dipaparkan.

Menurut salah seorang pembaca, Nurul Fadhillah, 30, filem ini amat sesuai ditonton seisi keluarga kerana ia memaparkan jalan cerita yang santai dan menghiburkan.

“Walaupun ia sebuah filem aksi, tetapi kebijaksanaan pengarah menyelitkan babak komedi akan membuatkan penonton rasa lebih santai, sepanjang menonton filem ini,” katanya.

********************************************************************************************
Kenapa saya post berita ni? Sebab saya & hubby ada dalam game ni jugak!!! Sekian! (^_^)

P/S: Terima Kasih Sinar Harian, Karangkraf, Laser War Zone, RAM Entertainment dan lain2 juga!

Badges of Fury

Badges of Fury

Badges of Fury Filem adalah filem keempat gabungan Jet Li dengan Wen Zhang. Menerusi filem The Sorcerer And The White Snake, Jet Li memainkan peranan sebagai Master dan Wen Zhang pula pengikutnya.

Filem ini yang menjalani penggambaran di Hong Kong turut dibarisi pelakon seperti Raymond Lam, Michael Tse, Kevin Cheng, Leung Ka Yan, Stephen Fung, Alex Fong Lik Sun, Stephy Tang Lai Yan dan Josie Ho Chiu Yi.

Pakar kung fu seperti WuJing dan Colin Chaudan Leung Siu juga membuat penampilan khas.

Filem aksi takkan sempurna tanpa pakar kareografer aksi dan semua pelakon dibimbing pakar kareografi aksi terkenal iaitu Corey Yuen. Beliau berpengalaman luas dalam pembikinan filem aksi di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Antara filem yang menggunakan khidmatnya ialah The New Legend of Shaolin, The Expendables, X-Men dan The Transporter.

Skrip ditulis penulis skrip terkenal Hong Kong, Zhang Tan dan diterbitkan Chui Po Chun yang pernah menerbitkan filem hebat seperti Once Upon A Time In China, Crouching Tiger Hidden Dragon dan Tai Chi Master.

Badges of Fury mengisahkan Huang Fei Hong (Jet Li), detektif berpengalaman dan mahir dalam kung fu serta menunggu masa untuk bersara. Walaupun dia cuba mengelakkan dirinya daripada terjebak dalam masalah, ketuanya (lakonan Michelle Chen) mengarahkannya bergabung dengan rakan kerja baru, Wang Bu Er (lakonan Wen Zhang), yang mempunyai sikap suka bertindak melulu.

Pada misi pertama mereka yang membabitkan misi penyamaran, mereka terlepas sasaran dalam mengejar Chen Hu (lakonan Chou Collin Lung Yun) menyebabkan misi mereka gagal.

Ketua mereka (lakonan Ma Yi Li) amat marah dengan kegagalan itu dan mengarahkan Angela, Huang dan Wang untuk menyiasat kes ‘pembunuhan tersenyum’ di mana setiap mangsa mati dengan senyuman aneh pada wajah mereka.

P/S: Credit to: Harian Metro 04.07.2013

1LawanSatu

1LawanSatu

Setiap pahlawan ada ceritanya… Begitu juga SALEH dan RADHI, dua orang ‘pahlawan’ yang berasal daripada latar belakang dan dunia yang berbeza namun berjumpa dan bertempur dalam satu arena. SALEH dibesarkan dengan ilmu mempertahankan diri yang penuh di dada warisan terunggul keluarganya.

Kehilangan adiknya, SALEHA telah menyebabkan ayahnya melepaskan SALEH pergi untuk membawanya pulang semula ke pangkuan keluarga mereka. Berbeza dengan hidup RADHI yang berlawan demi menyelamatkan nyawa adiknya, SARA yang sedang sakit tenat. RADHI boleh menahan sebarang hentakan pada badannya asalkan duit sebanyak RM50 ribu berjaya dikumpulnya demi pembedahan SARA.

Kehadiran SALEH ke Bandar telah menemukannya dengan NORA, kawan kepada SALEHA. Namun SALEHA masih tidak ditemui. NORA dengan rela hati membantu SALEH mencari SALEHA sehingga jumpa. Ketangkasan dan keazaman RADHI telah menyebabkan OMAN, mengupahnya untuk berlawan untuknya. RADHI yang terdesak kerana memikirkan keadaan SARA menerima tawaran OMAN.

Perjalanan SALEH dalam mencari SALEHA juga membawanya kepada OMAN yang telah membeli SALEHA dan mengugut untuk menjualnya sebagai pelacur jika SALEH melawan. Tanpa mereka sedari, SALEH dan RADHI telah digunakan oleh OMAN untuknya mengaut keuntungan dalam perlawanan Malaysian Super Fighter 2012.

Satu demi satu perlawanan terpaksa RADHI dan SALEH hadapi demi menyelamatkan nyawa adik masing – masing. Takdir menentukan yang dua orang pahlawan hebat ini bertemu di satu arena. Setiap tumbukan dan sepakan yang mereka terima akan menentukan nasib SALEHA dan SARA. Namun mereka sedikit pun tidak berputus asa dan berlawan sehabis mungkin.

Barisan Pelakon: Mikail Andre, Azlan Komeng, Fyza Kadir, Along Eyzendy, Khatijah Tan, Mimi Ernida, Adik Puteri Balqis
Pengarah: Pierre Andre
Penerbit: Mejar (K) David Teo (Metrowealth)
Tarikh Tayangan: 27 Jun 2013

Idris Kilauan Emas 3

Idris Kilauan Emas 3

 

Mencari bayang-bayang

Yang menghuni ruang fikiran

Sejuta rasa dalam jiwa lara

Berbekas tanpa ada luka

Ohhh…

 

Kau semakin menjauh

Walau dekat mata memandang

Cuba ku gapai dalam kepayahan namun biarkan seketika

 

Ku bicara dengan bayanganmu

Walau tutur kata kosong membisu

Akan ku mengulang  bicara biar pun untuk selamanya

Diriku tetap setia

Walau jauh kembara perjalanan dimanakah nokhtahnya

Tanpa ku gelisah

Ku kejar bayangmu…

 

Mungkinkah sia-sia sayang

Segala yang aku korbankan

Tapi tak mengapa ku berserah saja

Tuhan sajalah yang menentukan dimanakah cinta

Ku kejar bayangmu…

 

# Walaupun dapat naib johan, tapi suara Pak Deris especially utk lagu ni tetap mengalun lunak

Bro, Nampak Motor Gua?

Bro Nampak Motor Gua

Bro Nampak Motor Gua

Salam hormat!

Short review mengenai filem terbaru Metrowealth ni. Filem ‘Bro, Nampak Motor Gua?’ adalah arahan ke-2 saudara Razif Rashid a.k.a Ajiboy, dan merupakan filem ke-77 dari Metrowealth.

Barisan pelakonnya terdiri daripada Along Cham, Mon Ryanti, Along Eyzendy, Fadzil Zahari, Shah Rempit dan turut dibantu oleh Mamat Khalid, Imuda, Maimun Mutalib, Alex Yanz, Siti Aziz,Eddy Rauf dan ramai lagi.

Mengisahkan kegilaan seorang anak muda terhadap motorsikal sehingga sanggup menabung selama setahun untuk membeli motor impiannya secara tunai. Tetapi nasibnya malang kerana sebaik sahaja dibeli, motor itu telah dicuri di depan matanya sendiri.

Instinct  Epul (lakonan Along Cham) terhadap kewujudan motorsikalnya sangat kuat sehingga dia meminta pertolongan rakan baiknya (lakonan Along Eyzendy) untuk membantu mencari motornya. Dalam usaha mereka mencari motor itu, mereka telah terserempak dengan Azura (lakonan Mon Ryanti). 

Azura yang bertindak sebagai seorang peguam kepada seorang Tan Sri (lakonan  Mamat Khalid) sedang dalam tugasnya untuk menyerahkan sebuah perisian di dalam pendrive kepada satu pihak. Dalam sebuah kes ragut, pendrive tersebut hilang dan  dipercayai dicuri oleh orang yang sama mencuri motor Epul.

Oleh itu Epul dan Azura telah berganding bahu untuk mencari 2 orang si pencuri tersebut. Pelbagai kisah lawak yang pastinya akan menggeletek hati anda. Filem bergenre aksi komedi ini sebenarnya mempunyai banyak nilai-nilai moral yang patut kita renungkan bersama.

Jadi jangan lupa saksikannya di pawagam berhampiran anda yang telah bermula sejak  30 Mei 2013. Mesti tak kering gusi…hihihihi…=D

Shazlan Azura Production

A Story On My Own Words